Kemangkatan Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail

Baginda dikhabarkan telah mangkat pada 3.47 pagi di Hospital Kuala Lumpur pada 28 November 2008 ketika berusia 83 tahun. Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mengumumkan kemangkatan bonda Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail itu melalui stesen Radio Malaysia Perlis.[3]

Jenazah almarhum diterbangkan dari Lapangan Terbang Subang ke Alor Star dan dibawa ke Istana Arau untuk membolehkan rakyat memberi penghormatan terakhir bermula tengah hari tersebut sebelum disemadikan di Makam Diraja Arau selepas solat Asar pada hari yang sama.

Bagi menghormati kemangkatan tersebut bendera negeri telah dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula hari kemangkatan dan semua acara keramaian dan berbentuk hiburan ditangguhkan.[4]